CARA MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR
Rambut gugur menyebabkan kite seringkali tertekan terutama bagi perempuan.. Kebanyakan yang mengalami masalah rambut gugur ni adalah wanita. Kerana selepas bersalin rambut wanita kerap gugur.
Menggunakan air asam jawa dan bunga.
Menggunakan limau nipis dan telur ayam.
Cara Mengatasi Rambut Gugur.
- Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas.
- Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga.
- Lumur rambut dengan campuran itu.
- Biarkan selama beberapa minit.
- Bilas dengan air besih.
- Amalkan selalu.
(Dapat mencegah keguguran rambut dan menjadikan rambut harum seperti bunga.)
- Hiris beberapa keping limau nipis.
- Tenyehkan isinya ke kulit kepala.
- Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit.
- Bungkus kepala selama beberapa jam.
- Bilas dengan air bersih.
- Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.
Menggunakan santan
- Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak.
- Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
- Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala.
- Bungkus kepala semalaman.
- Bilas dengan air bersih.
- Amalkan selalu.
( D
apat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.)
- Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk.
- Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur.
- Syampu rambut pada keesokan harinya.
- Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.
- Satukan lendir lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas.
- Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam.
- Bungkus selama setengah jam.
- Bilas rambut pada keesokan hari.
- Amalkan seminggu sekali.
Menggunakan Daun Serai
- Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat.
- Masak dengan secawan air sehingga kekuningan.
- Sejukkan. Selepas itu, sapukan pada keseluruhan bahagian kepala.
- Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.
Menggunakan Limau Nipis
- Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya.
- Campurkan dengan 2 biji putih telur.
- Sapukan pada keseluruhan rambut.
- Biarkan selama 2 jam.
- Bilaskan dengan air bersih.
- Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.



Terima kasih atas perkongsian tips yng sangat bermnafaat sekali bagi sya.
ReplyDeletedulu2 masa dkt kg selalu cuci rambut pakai daun bunga raya best lembut jer rasa
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua..sya memang selalu guna daun lidah buaya untuk haluskan kulit muka.hihihj
ReplyDelete