ALERGI PADA MAKANAN Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan. Berapa kerap ia berlaku? Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa. Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan. Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan? Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah: Susu lembu. Telur. Kacang soya. Gandum. Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel). Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah). Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa. Bilak...
Comments
Post a Comment
terima kasih kerana memberi komen anda!! =)