RAWATAN UNTUK MASALAH MATA
Mata adalah anggota yang penting untuk melihat. Kerana itu jugalah kita mestilah menjaga mata. Mata manusia mempunyai fungsi seperti
kamera bagi melihat dengan jelas. Objek yang sedang dilihat akan
difokuskan keatas retina. Keadaan ini dapat dicapai dengan kuasa menumpu
yang ada pada kornea dan kanta. Sebaliknya bila imej tidak difokuskan
dengan tepat ke atas retina, penyakit mata iaitu rabun mata akan terjadi. Ini akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan masalah atau penyakit mata ini boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta sentuh.
Rabun mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis:
|
: Imej difokuskan di hadapan retina
|
|
: Imej difokuskan di belakang retina
|
|
: Imej yang terbentuk mempunyai lebih daripada satu titik fokus
|
Simpton penyakit mata ini
|
: Penglihatan jauh menjadi tidak jelas, sebaliknya penglihatan dekat sangat jelas
|
|
: Penglihatan jauh menjadi lebih baik dari penglihatan dekat. Mata mudah penat jika tidak dibetulkan.
|
|
: Kabur hampir dikesemua jarak dan imej menjadi senget atau tidak sempurna
|
Komplikasi
Rabun mata
pada orang dewasa, jika tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan tidak
selesa pada mata, mata penat dan kadangkala mungkin sakit kepala.
Rabun mata
di kalangan kanak-kanak memerlukan perhatian yang khusus dan penjagaan
mata yang betul. Ini kerana rabun yang tidak dirawat dengan sempurna
boleh menyebabkan berlakunya ambliopia (mata malas).
Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan untuk rabun mata miopia, hiperopia dan astigmatisma. Rawatan rabun mata secara bukan pembedahan termasuklah cermin mata dan kanta sentuh. Rawatan rabun mata
secara pembedahan pula termasuklah kaedah menggunakan laser dan kaedah
pembuangan kanta mata jernih. Walaupun beberapa kaedah pembedahan wujud
dalam membetulkan rabun mata
pada masa ini, bagaimanapun tak semua individu merupakan calon yang
sesuai untuk kaedah-kaedah tersebut. Pesakit rabun mata perlu diperiksa
dengan cara terperinci terlebih dahulu oleh doktor sebelum apa-apa
keputusan dibuat untuk menentukan kesesuaiannya.
Pencegahan
Bagi
kanak-kanak adalah disyorkan mengurangkan aktiviti, seperti membaca
dengan terlalu lama, menonton televisyen dalam jarak yang dekat atau
menghadap skrin komputer dalam jangka masa lama, bagi mengurangkan
risiko berlakunya rabun mata myopia (rabun jauh).
Masalah-masalah lain yang berkaitan
Rabun mata
Presbiopia (rabun tua) adalah biasanya terjadi kepada mereka yang
berumur 40 tahun dan keatas. Ini berlaku disebabkan oleh keadaan
perubahan pada kanta mata apabila umur seseorang meningkat. Keupayaan
kanta bagi memfokus untuk melihat objek dekat adalah semakin
berkurangan. Rabun mata Presbiopia boleh terjadi pada semua orang, dan pada akhirnya mereka perlu untuk memakai cermin mata membaca atau bifokal. Rabun mata Presbiopia tidak boleh dirawat dengan kaedah laser.
Untuk mengatasi masalah mata ini korang boleh mengambil supplement tambahan iaitu :
FREE CONSULTATION
SID: NURUL AZWA(WAWA)
NO TELEFON: 017-7919722 / 016-7885402
FACEBOOK : WAWA NURUL AZWA
FBPAGE: NAMI HEALTHCARE BEAUTY SHOP

Comments
Post a Comment
terima kasih kerana memberi komen anda!! =)