ANAK SELALU DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG

Ibu bapa mana yang tak nak tengok anak mereka cemerlang kan??? Anak yang cemerlang lahir daripada banyak aspek..ramai yang ingin anak yang cerdas tapi tidak tahu macam mana nak lakukan.. ibu bapa perlu ambil tindakan yang cepat.. so malam ni wawa nak share  macam mana nak anak cergas.
Memilih jenis makanan atau pil yang dapat membantu meningkatkan daya fikir dan tumpuan. Contoh kismis, ikan, bayam, brocolli, pil Examo dan lain-lain. Buat sedikit penyelidikan mengenainya dan mulai mengamalkan pemakanan yang baik untuk otak dan minda.
– Dalam masa yang sama elakkan atau kurangkan mengambil makanan yang dapat melemahkan otak terutama jenis makanan segera atau makanan yang diproses seperti burger, ais krim dan lain-lain.
Islam sangat menitik beratkan memilih dan mengambil makanan yang bukan saja halal bahkan bermutu untuk menjaga kesihatan badan. Kesan pemakanan yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, bahkan untuk membentuk hati yang baik serta mencerdaskan minda.
PUASA
- Cuba koreksi amalan pemakanan selama ini, jika terdapat tabiat pemakanan yang kurang baik, maka cubalah ubah tabiat tersebut. Berpuasa adalah mekanisme terbaik untuk membersihkan perut dan badan dari sisa-sisa pemakanan yang tidak baik sebelum ini. Kita baru sahaja selesai menjalani puasa sebulan Ramadan. Diharapkan kita dapat meneruskan disiplin tersebut buat selama-lamanya. Kita masih boleh mengamalkan puasa sunat.
Bezita mungkin masih ingat pada Nik Nur Madihah, Pelajar Cemerlang SPM 2008. Beliau mengamalkan puasa sunat sejak darjah 6 kerana ia sunnah. Kajian saintifik pernah dibuat terhadap amalan puasa di kalangan orang Islam. Hasilnya salah satu kebaikan puasa ialah untuk mencerdaskan otak. Ini bererti Nur Madihah mendapat faedah yang besar dari amalan puasa sunatnya itu.
Setiap amalan dalam Islam sebenarnya untuk kebaikan fizikal, spiritual dan minda ummatnya. Oleh sebab itu, jika penganut Islam lemah, mereka harus memuhasabah diri sendiri sejauh mana mereka mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.
HAFAZ AL-QURAN
Selain puasa,menghafaz al-Quran juga dapat meningkatkan tahap tumpuan seseorang kepada ilmu pengetahuan. Namun Kak Nur tidaklah berharap Bezita menghafaz seluruh al-Quran. Memadai jika dapat melazimi membaca al-Quran secara tartil dan menghafaz beberapa surah serta memahaminya. Jika berhasrat menghafaz seluruhnya, itu lebih baik.
SOLAT
Disiplin dalam solat yang menuntut individu fokus pada solat dapat membantu mereka menumpukan perhatian pada perkara lain di luar solat. Oleh sebab itu, semak semula tahap solat kita bermula membersihkan diri, berwuduk dan solat itu sendiri. Insya Allah, jika perbaiki solat kita, Allah akan perbaiki urusan dunia kita.

Kawan itu bukan sahaja pandai belajar dan meraih ijazah yang tinggi, bahkan berakhlak mulia berkat dijaganya hubungan dengan Allah swt.
Solat tiang kejayaan!
Solat tiang kejayaan!


DISIPLIN DIRI & MEMILIH KAWAN
Jika diteliti amalan Nik Nur Madihah, disamping kecerdasan otak, dia mempunyai faktor ransangan untuk mengubah nasib keluarga. Justeru itu, dia mendisiplinkan diri belajar apabila waktu belajar. Kit harus memujuk diri agar beri tumpuan semasa belajar dan ingatlah di samping kesusahan ada kesenangan yang menanti.

BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN
Sebelum wawa mengundur diri, sukalah wawa ingatkan pada diri sendiri bahawa iblis juga memainkan peranan apabila kita ingin belajar. Dia akan menghasut kita agar malas belajar dan sangat suka kita menjadi jahil. Orang yang jahil mudah ditipu syaitan. Jadi mohonlah perlindungan dari Allah setiap kali ingin belajar. Mohonlah pertolongan dari Allah, nescaya Dia perkenankan. Selalu mohon ampun dan jauhi maksiat kerana maksiat itu menggelapkan hati. Bila hati gelap, ia susah menerima ilmu. Ilmu itu cahaya dan cahaya hanya menerangi hati yang bersih.

OMEGA GUARD MEMBANTU MENCERDASKAN OTAK ANAK
Omega Guard antara supplement yang dapat mencerdaskan otak  anak-anak anda.

Comments

  1. Harap2 anak saya nant pun cemerlang..Kalau bukan dalam pelajaran pun mungkin dalam bidang lain...

    JOM JOIN DAN MERIAHKAN GIBEAWAY NI

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih kerana memberi komen anda!! =)

Popular posts from this blog

CARA NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA PAKAIAN

CERAHKAN KULIT DENGAN CEPAT