CARA MENGURANGKAN SAKIT LUTUT MENJELANG PIALA AFF SUZUKI
Sebut pasal piala AFF Suzuki nih mesti laa tau kan?? Kita pernah menjulang piala AFF SUZUKI ni 4 tahun lepas. Tahun nih kita mesti menang lagi. Semalam je Malaysia dah tumpaskan Singapura dengan 3-1. Alhamdulillah!!!
Cerita pasal bola ni and bersukan. wawa nak share macam mana nak mengurangkan sakit lutut.
Ok sebelum tu kita ketahui dulu jenis-jenis kecederaan nih.
Cerita pasal bola ni and bersukan. wawa nak share macam mana nak mengurangkan sakit lutut.
Ok sebelum tu kita ketahui dulu jenis-jenis kecederaan nih.
Kecederaan Ketika Bersukan
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda mengalami
kecederaan ketika bersukan. Antara punca utama adalah apabila
pertembungan di antara satu sama lain, seperti bola sepak, futsal dan
ragbi.
Ia juga boleh disebabkan hentakan daripada pihak lain atau daripada
peralatan sukan yang digunakan yang mungkin berpunca daripada pihak
lawan atau kesilapan anda sendiri.
Selain itu, kecederaan ketika bersukan mungkin berpunca akibat anda
terjatuh atau anda melakukan senaman yang dilakukan melampaui had yang
ditetapkan.
Jenis-Jenis Kecederaan
Jelas terdapat pelbagai jenis kecederaan yang bakal dihadapi ketika bersukan. Antara kecederaan yang sering dialami ialah:
1. Luka dan Lebam
Boleh dikategorikan sebagai kecederaan paling ‘ringan’ ketika
bersukan. Ia mungkin disebabkan pergeseran, tidak kira daripada pihak
lawan, peralatan sukan atau daripada permukaan di sekeliling anda.
Kesakitan yang dialami tidaklah begitu serius. Kepedihan dan
kesakitan yang dialami mungkin tidak lama, paling maksimum lingkungan
seminggu. Namun, memerlukan rawatan yang segera untuk memastikan ia
tidak menjadi lebih teruk.
2. Ketegangan Otot
Kekejangan otot berpunca akibat pengecutan otot yang tidak terkawal
seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam
keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun,
tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya
kekejangan.
Ketegangan otot mungkin mengambil masa yang sedikit, mungkin beberapa
saat atau minit. Namun, ia juga boleh mengambil masa yang panjang,
bergantung kepada tahap kesihatan invidu tersebut.
3. Kecederaan Lutut
Kecederaan lutut sering kali terjadi kepada sukan yang memerlukan
pergerakan yang licah, seperti badminton. Ia berlaku apabila
tulang-tulang kaki bergerak ke arah yang bertentangan dengan bebanan
berat badan. Ligamen yang terlibat adalah anterior cruciate ligament yang berada di tengah-tengah lutut, akan koyak sama ada sedikit atau koyak keseluruhannya.
4. Kecederaan Tendon Achilles
Kecederaan ini sering dialami kepada sukan yang menggunakan banyak larian dan pecutan.
Tendon Achilles ialah urat tendon besar yang menghubungkan otot
Gastronemius dan otot Soleus dengan tulang tumit kaki (Camcaneus) yang
terletak dibelakang kaki. Peranan tendon ini adalah untuk menolak kaki
ke depan ketika berjalan dan berlari. Kajian mendapati punca utama ialah
tisu yang merosot dan hilang struktur asal serat tisu.
5. Patah Tulang
Ia adalah antara kecederaan ketika bersukan yang paling serius dan
mengambil masa yang lama untuk pulih. Selalunya, ia disebabkan hentaman
yang kuat daripada permukaan sekeliling atau daripada pihak lawan.
Kecederaan patah tangan dan kaki adalah yang antara kerap berlaku akibat
sukan.
Bagaimana Hendak Merawat Kecederaan?
Jika seseorang itu mengalami masalah kecederaan ketika bersukan, ia
memerlukan rawatan segera ke pusat kesihatan di klinik atau hospital.
Namun, bagi kecederaan ringan ia boleh dirawati dengan cara mudah, iaitu
dikenali sebagai keadah RICE. Ianya boleh diaplikasi kepada diri anda sendiri dan rakan-rakan anda yang terlibat dengan kecederaan.
Cara melaksanakan kaedah RICE ialah:
- Rest (Rehat): Rehat atau berhentikan aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan pada diri. Guna peralatan yang mampu menyokong pergerakan anda, seperti tongkat dan kerusi roda.
- Ice (penggunaan ais): Gunakan ais dan balutnya menggunakan kain atau plastik, kemudian tekapkan pada bahagian luka atau otot yang tercedera. Ia mampu mengurangka luka, bengkak dan ketegangan otot.
- Compression (balutan): Ambil kain balutan untuk mengurangkan luka atau bengkak yang anda alami. Boleh didapati di mana-mana farmasi.
- Elevation (gantung): Letakkan anggota yang terlibat lebih tinggi dari jantung anda supaya dapat mengurangkan kekejangan otot dan bengkak.
AJHT DAN OSTEOMATRIX DAPAT MENGURANGKAN SENGAL-SENGAL LUTUT
- Membaiki keselesaan sendi
- Mengurangkan sengal-sengal lutut
- Menghalang kepupusan tulang
- Menambahkan kalsium
Ternyata bersukan juga mempunyai risiko yang tinggi untuk dilanda
kecederaan. Pastikan anda mengambil langkah yang sewajarnya untuk
mengurangkan risiko kecederaan ketika bersukan iaitu melakukan senaman
memanaskan badan, memakai peralatan perlindungan dan sebagainya.
Amalkan senaman sebagai gaya hidup anda yang sihat.
=================================================
FREE CONSULTATION
SID:NURUL AZWA BINTI MOHD INDRA(WAWA)
NO TELEFON: 07-7919722/016-7885402
COD: KLUANG,MERSING,BANDAR TENGGARA DAN KAWASAN SEKITARNYA
===================================================



Comments
Post a Comment
terima kasih kerana memberi komen anda!! =)