ASSALAMMUALAIKUM W.B.T selain kite melakukan ape jua rutin harian kite..jangan sesekali kite meninggalkan ibadah dan wajib.. untuk mendapatkan keberkatan kite mesti kembali kepadaNYA..mohon ampun dan minta dikabulkan segala yang baik.. Dalam islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya. Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran. ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.) Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berp...
Rambut gugur menyebabkan kite seringkali tertekan terutama bagi perempuan.. Kebanyakan yang mengalami masalah rambut gugur ni adalah wanita. Kerana selepas bersalin rambut wanita kerap gugur. Cara Mengatasi Rambut Gugur. Menggunakan air asam jawa dan bunga. Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran itu. Biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu. (Dapat mencegah keguguran rambut dan menjadikan rambut harum seperti bunga.) Menggunakan limau nipis dan telur ayam. Hiris beberapa keping limau nipis. Tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut. Menggunakan santan Masak santa...
ALERGI PADA MAKANAN Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan. Berapa kerap ia berlaku? Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa. Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan. Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan? Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah: Susu lembu. Telur. Kacang soya. Gandum. Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel). Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah). Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa. Bilak...
Comments
Post a Comment
terima kasih kerana memberi komen anda!! =)