NAK CANTIK MACAM RITA RUDAINI
Ramai nak cantik macam rita rudaini.. tapi ramai tak nak tau macam mana nak cantik macam dia..ramai yang wawa dengar rata-rata yang cakap..ala dia memang cantik.. keturunan dia pon cantik..sebenarnya.. salah.. mereka bukan lah lahir-lahir je terus cantik atau macho.. mereka ni pon sama je dengan kita..nak cantik .. kan??? So wawa nak share tips-tips macam mana nak muke flawless..
TIPS NAK KULIT FLAWLESS
Tip Petua 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam.
Tip Petua 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
Tip Petua 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
Tip Petua 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
Tip Petua 5: Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
Tip Petua 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
Tip Petua 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Diatas adalah 7 pilihan panduan, rahsia, teknik, kaedah, bagaimana cara, tips atau petua melembutkan kulit muka. Selain ianya melembutkan kulit muka, ianya juga dapat menghaluskan, mencantikkan dan mencerahkan kulit muka.
Comments
Post a Comment
terima kasih kerana memberi komen anda!! =)