CARA MEREDAKAN TEKANAN DARAH RENDAH
TEKANAN DARAH RENDAH, jarang kita dengar penyakit ni kan. Penyakit tekanan darah rendah ini menyerang dalam diam dan membunuh dalam diam. Kenapa wawa ckp macam tu kerana penyakit ini lebih berbahaya berbanding penyakit darah tinggi.
Wawa nak share dengan korang, masa wawa terlibat dengan PLKN, wawa ade sorang kawan ni. Dia ni penghidap anemia dan tekanan darah rendah. Yang wawa tau orang macam ni tak boleh terlalu stress. Macam kawan wawa ni, bile break off je mesti stress. Bila da stress mula laa sakit- sakit. Tak nak makan satu hal, asyik murung je. Last-last mase kat padang kawad terus tumbang.
KENALI TEKANAN DARAH RENDAH
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan di
mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh
tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang
cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi seperti cepat lelah,
pening kepala ketika posisi badan berubah, mual, pernafasan cepat dan
pendek, dan cepat haus. Ini kerana tekanan darah bagi setiap orang
adalah berbeza dan ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah
pinggang dan rangsangan di dalam salur darah. Terdapat beberapa sebab
tekanan darah rendah iaitu kekurangan volume darah, dehidrasi seperti
muntah-muntah dan cirit-birit, masalah jantung dan tekanan otot yang
lemah
CARA MENGATASI TEKANAN DARAH RENDAH
Setiap ubat biasanya akan diberikan
jika Anda dapat mengetahui penyebab sebenarnya. Tekanan rendah juga
tidak terkecuali dan pengubatannya bergantung pada faktor penyebab.
Secara umum, tekanan darah rendah dapat ditingkatkan dengan membuat
perubahan tertentu dalam gaya hidup seseorang dan makanan yang biasa
dimakan.
1. Minum banyak air
Jika seseorang mengalami keadaan pening
kerana dehidrasi, sangat penting untuk menghidratkan diri dengan minum
banyak air. Jumlah cairan yang meningkat akan meningkatkan jumlah
darah, yang seterusnya akan meningkatkan tekanan darah. Minum minuman
bertenaga seperti 100 plus, revive juga disarankan kerana ia
dapat membekalkan tubuh dengan natrium dan kalium, yang akan membantu
meningkatkan tingkat tekanan darah dengan cepat. Pada kes parah cairan infus akan diperlukan untuk kes yang over-dehidrasi.
2. Meningkatkan pengambilan garam
Banyak orang yang akan membataskan
pengambilan garam kerana takut terkena tekanan darah tinggi, namun
sebaliknya dia diserang tekanan darah rendah. Dalam kes tersebut,
pengambilan garam dalam makanan harus ditingkatkan. Namun begitu jangan
pula terlalu berlebihan, kerana terlalu banyak garam juga sangat
berbahaya.
3. Banyak makan makanan kecil
Tekanan darah rendah setelah makan atau
hipotensi postprandial boleh dicegah dengan memakan makanan kecil yang
rendah karbohidrat namun kerap dimakan. Hal ini kerana selepas makan,
lebih banyak darah akan dihantar ke saluran pencernaan untuk proses
pencernaan, sehingga boleh mengakibatkan tekanan darah rendah.
Mengurangkan pengambilan makanan yang bertepung seperti kentang, pasta,
makanan yang dipanggang, dan lain-lain juga disarankan. Duduk setelah
makanan juga akan membantu mencegah dip tekanan darah. Hal ini umumnya
dapat dilihat pada orang tua.
4. Mengenakan stokin
Mengenakan stokin elastis membantu
meningkatkan tekanan darah seseorang dengan mencegah pengumpulan darah
di kaki atau bahagian bawah, dan ia juga meningkatkan peredaran darah
dalam tubuh.
5. Meninggikan posisi kepala
Menggunakan bantal untuk menyokong kepala
seseorang ketika tidur di posisi yang tinggi, membantu melawan graviti
dan mencegah darah terlalu banyak turun dari kepala. Hal ini akan
membantu mengurangkan rasa pening ketika bangun di pagi hari.
6. Bangun secara perlahan
Jika Anda merasa pening ketika bangun dari
posisi istirehat baik tidur ataupun duduk. Hal terbaik yang boleh Anda
lakukan adalah kembali ke posisi itu dan tetap dengan cara yang sama
sampai Anda berasa lebih baik. Orang yang menderita hipotensi
ortostatik harus selalu bangkit perlahan dari posisi istirahat mereka,
terutamanya ketika bangun tidur di pagi hari. Selain itu, berdiri lama
di satu posisi atau mengubah posisi secara tiba-tiba harus dihindari.
7. Minum jus segar
Jika Anda mengalami tekanan darah rendah,
minum jus segar setiap hari untuk meningkatkan tekanan darah Anda.
Minum dua kali sehari selama hampir satu minggu. Jus lobak segar atau jus delima dipercayai sangat membantu.
8. Makan kismis dan badam
Rendam segenggam kismis selama 1 malam dan
dimakan setelah bangun tidur. Pastikan Anda mengunyah kismis dengan
baik. Minum air bekas rendamannya juga. Atau jika ingin mengubahnya
dalam bentuk yang lain, cubalah menu ini. Pasta badam dicampur dengan
susu hangat, rendam badam semalaman, kupas kulit matinya dan dihaluskan
dengan menggunakan pengisar (blender). Campur dengan susu hangat dan
minum.
Bentuk ringan dari latihan/olahraga juga
disarankan, namun perlu diingat latihan yang berat haruslah dihindari.
Orang yang menderita tekanan darah rendah kerana kehilangan darah,
harus dibawa ke klinik atau hospital dengan segera. Sebelum mencuba
sebarang ubat, pastikan Anda berjumpa dengan doktor yang mengetahui
tahap kesihatan Anda, kerana ubat berbeza-beza mengikut penyebab utama
tekanan darah rendah ini.
Sekiranya cara tersebut menemui jalan buntu. Shaklee menyediakan supplement untuk meredakan tekanan darah.
SET TEKANAN DARAH RENDAH( LOW BLOOD)
SET TEKANAN DARAH MENGANDUNGI:
VITA LEA: Yang bertindak sebagai penambah tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
PERFORMANCE DRINK: Mencegah penyahhidratan, mengurangkan kehausan.
B-COMPLEX: Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi.
HARGA UNTUK SET TEKANAN DARAH RENDAH NI
HANYA RM 210.00 SAHAJA TERMASUK POSTAGE!!!!
SO ape tunggu lagi. jom order dengan wawa.
FREE CONSULTATION
SID ANDA: NURUL AZWA(WAWA)
NO TEL: 017-7919722 / 016-7885402
COD: KLUANG, BANDAR TENGGARA DAN KAWASAN SEKITARNYA
FBPAGE: NAMI HEALTHCARE BEAUTY SHOP
FB: WAWA NURUL AZWA




Comments
Post a Comment
terima kasih kerana memberi komen anda!! =)