CARA MENGURANGKAN SAKIT LUTUT MENJELANG PIALA AFF SUZUKI
Sebut pasal piala AFF Suzuki nih mesti laa tau kan?? Kita pernah menjulang piala AFF SUZUKI ni 4 tahun lepas. Tahun nih kita mesti menang lagi. Semalam je Malaysia dah tumpaskan Singapura dengan 3-1. Alhamdulillah!!! Cerita pasal bola ni and bersukan. wawa nak share macam mana nak mengurangkan sakit lutut. Ok sebelum tu kita ketahui dulu jenis-jenis kecederaan nih. Kecederaan Ketika Bersukan Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda mengalami kecederaan ketika bersukan. Antara punca utama adalah apabila pertembungan di antara satu sama lain, seperti bola sepak, futsal dan ragbi. Ia juga boleh disebabkan hentakan daripada pihak lain atau daripada peralatan sukan yang digunakan yang mungkin berpunca daripada pihak lawan atau kesilapan anda sendiri. Selain itu, kecederaan ketika bersukan mungkin berpunca akibat anda terjatuh atau anda melakukan senaman yang dilakukan melampaui had yang ditetapkan. Jenis-Jenis Kecederaan Jela...