TIPS NAK KURUSKAN LENGAN

assalammualaikum wbt.

tips nak kuruskan lengan..unik kan tajuk nye,,ahahaha okay jom kite tengok ape tips tips yang wawa sediakan untuk kuruskan lengan..

Semua orang mahukan lengan yang kurus, tetapi ia seakan-akan susah dicapai dengan meningkatnya usia bagi sesetengah orang.
Wawa akan dikongsikan tips yang anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik.

Angkat berat

Boleh dikatakan setiap gim menyediakan alat mengangkat berat dari beban yang paling ringan sehingga beban yang paling berat mengikut keperluan individu. Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya 3 kali seminggu. Selain di gim, anda juga boleh melakukannya di rumah. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berdekatan ! Selain itu, anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.

2. Makanan

Anda mestilah tahu apa yang anda makan dan bijak mengawal pemakanan harian anda. Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik dan lebih cepat daripada jika anda mengamalkan tradisional diet seperti berlapar setiap hari.

3. Minum banyak air

Air adalah medium yang paling penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tapi anda perlu berhati-hati kerana minum air secara berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada anda. Oleh itu secara optimumnya, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah yang paling baik.

4. Aerobik

Aerobik merupakan antara cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda seperti gambarajah di bawah.


hah nampak kan tips nak kuruskan lengan..ehehhehe okay  wsalam


cc:nutrisikevinzahari

Comments

  1. Replies
    1. jom buat sesama..ni laa masalah kebanyakkan org pempuan kan..hehhehe

      Delete
  2. banyak nak kena bersenam ni..tapi hari-hari dah bersenam dengan anak-anak dok mengejar tak habis hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih kerana memberi komen anda!! =)

Popular posts from this blog

CARA NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA PAKAIAN

CERAHKAN KULIT DENGAN CEPAT