CARA HILANGKAN SEDU

ASSALAMMUALAIKUM WBT
wawa nak share macam mana nak hilangkan sedu..
Sedu, orang putih panggil "hiccup". Kadang-kadang, tengah seronok kita borak-borak dengan kawan, tiba-tiba kita 'Hik, hik', tersedu. Grr, sangat la irritating kan?
Dan, macam2 cara manusia ni nak hilangkan sedu. Ada yang tahan nafas, minum air, ketuk2 dada. Ada jugak yang sampai dok menonggeng. Frust sebab sedu tak hilang-hilang. Haha.. Kesian.


Orang dewasa nie jarang sedu, selalunya bayi atau budak-budak kecil selalu sedu. Orang tua-tua kata tu tandanya nak cepat besar dalam erti kata lain, pertumbuhan berlaku. Betul atau tidak entah la. Wawa sendiri sendiri belum jumpa fakta sains yang dapat mengesahkannya. Cuma sekiranya bayi anda sedu,  orang tua2, suruh letakkan perca kertas atau keratan tisu yang dibasahkan dengan air kemudian letakkan di dahi bayi. 

Antara punca-punca yang dapat dikenalpasti berlakunya sedu ialah:

  • Menelan terlalu banyak udara
  • Ketawa yang melampau (selalu nye ni la yang menjadi punca utama sedu), kurangkan ‘haha’ maka kuranglah ketawa.
  • Makan secara lahap
  • Berasa bimbang
  • Rasa Teruja yang teramat
  • Merokok
  • Mengambil alkohol secara berlebihan

    Punca-punca berlakunya aktiviti sedu sudah kita ketahui, maka tibalah masanya untuk dibongkarkan tips rahsia yang tak rahsialagi tentang bagaimana untuk menghilangkan sedu, tips ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak mumayyiz saja, jangan cuba pada bayi anda pula. Tips menghilangkan sedu yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:


    1. Tahan Nafas selama 10 saat dalam keadaan anda bersandar atau baring
    -Ini adalah cara yang paling mujarab. Tujuannya adalah supaya kita berada dalam keadaan tenang dan mengawal pernafasan.


    2. Urut bahagian atas atau belakang langit – langit mulut
    -Cara ini mungkin nampak agak pelik sikit tetapi ianya membantu juga. Hal ini kerana dengan mengurut di bahagian langit – langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindak-balas pada diafram. Gunakan kapas cotton – tipped applicator.
    3. Minum segelas air sejuk dengan segera
    Cara ini antara cara yang paling popular untuk diamalkan. Sama sahaja dengan kaedah di atas, fungsi air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.


    4. Bernafas di dalam beg plastik dalam tempoh 2 ke 3 minit
    Kaedah ini bertujuan agar kita dapat bertenang serta mengawal pola pernafasan. Tapi anda tidak di galakkan dilakukan di tempat awam kerana dikhuatiri anda di anggap mengalami masalah mental pula.. (orang yang lelah secara tiba-tiba juga boleh guna teknik ini)

    5. Bersendawa
    Dengan bersendawa, ia akan menghalang udara yang masuk yang menjadi sebab sedu berlaku. Pengambilan air berkarbonat yang bergas seperti 100 plus, pepsi dan sebagainya mampu menyebabkan anda bersendawa seketika.

 

Comments

Post a Comment

terima kasih kerana memberi komen anda!! =)

Popular posts from this blog

CARA NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA PAKAIAN

CARA CARA MELAKUKAN SOLAT SUNAT TAUBAT