PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

bila jerawat tumbuh kita pasti berasa amat sakit hati..hahahaha..bukan ape stress kadang2 kan bila jerawat tumbuh kat tempat yang tidak diingini.. yang pasti bila jerawat sudah baik..ade pulak tinggalkan kesan parut nih...haishhh,,
saya nak share macam mana and bagaimana nak hilangkan jerawat



nak hilangkan parut jerawat mesti ada syarat dia!!

YANG PERTAMA : Hampas Teh Uncang - Mula-mula sekali, rendam seuncang teh yang korang selalu minum tukan. Tak kiralah jenama apapun. Boh ke, Lipton ke, Seng Heng ke, ikut la. Janji uncang teh. Tapi boleh je kalau nak guna yang serbuk teh biasa punya tu. Sama je dia punya function. Lepas dah rendam uncang teh tu, korang koyak dia punya uncang tu dan sapu kat muka.

YANG KEDUA : Nasi sejuk ataupun nasi lembik - Ok. sebelum nak buat facial nasi sejuk ni. Make sure, sila pesan kepada mak masing-masing untuk simpan sedikit nasi dalam periuk tu. Kang habis nasi kat dalam periuk tu frust menonggeng plak kang masing-masing. Muahahaha. Ambik nasik sejuk dalam periuk nasi korang tu, rendam nasi tersebut dengan air suam. Lepas tu, basuh muka korang dengan air rendaman nasi tersebut. Biar sampai kering air tu. baru cuci dengan pencuci muka. Insyaallah akan nampak hasil.

YANG KETIGA : Air Kelapa - Minum je air kelapa banyak-banyak. Air kelapa ni bagus untuk kulit jugak. Sebab dia akan mengeluarkan asid dalam badan kita serta cepat memulihkan sel-sel mati. Sekaligus menghilangkan parut yang ada.

YANG KE EMPAT: Serbuk Kulit Kayu Manis - Ini pun bagus jugak. Cara dia, ambik kulit kayu manis tu. Tumbuk sampai lumat ataupun lunyai. Jangan pergi ambik bunga cengkih plak. kang tak memasal menyengkih plak muka tu kang! Kehkehkeh. Ok, lepas dah siap tumbuk sampai jadi serbuk, korang campur dengan air dan sapu kat parut. Amalkan sekerap yang mungkin.

OKAY..MAKE SURE ISTIKHAMAH LAA YEE DALAM MENJALANKAN PETUA NIHH..HEHEHEHHE SAYA SID WAWA,, WSALAM

Comments

Popular posts from this blog

CARA NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA PAKAIAN

CERAHKAN KULIT DENGAN CEPAT