PETUA NAK HILANGKAN SELULIT

SELULIT adalah musuh yang dalam diam menyebabkan kite merasa malu bile kita bersama pasangan kite kan?? so Bersedialah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada selulit !!



Adalah dianggarkan hampir 90% wanita mempunyai masalah selulit. Gemuk atau kurus, kedua-duanya tidak dapat lari daripada masalah ini. Selulit sering muncul pada bahagian paha dan punggung. Ia terhasil daripada gumpalan lemak dan cecair. Biasanya ia berbentuk jaringan nipis yang mudah dilihat dan boleh disentuh. Kontraksi dan juga penyusutan serat membuatkan kesan selulit ini akan lebih ketara.

Berapa teruk rupa selulit anda bergantung kepada berapa banyak lemak dan cecair yang terkandung di dalam bahagian itu. Jika tubuh anda kurus atau menggelebeh, selulit akan lebih mudah dilihat. Sebenarnya melawan selulit memerlukan banyak usaha.

Cara-cara Bersenam

Jika anda memilih cara ini, ia tidak memerlukan masa yang lama. Mahu atau tidak, anda perlu menerima hakikat bahawa senaman adalah paling penting untuk menyingkirkan selulit. Senaman yang dilakukan secara konsisten boleh mengurangkan peratusan selulit yang ada pada tubuh anda. Antara senaman terbaik untuk melawan selulit ialah gerakan melompat kerana ia memfokuskan kepada bahagian paha dan punggung yang lebih mudah memerangkap selulit, kata Jon Denoris dari London Catalyst Health & Fitness. Denoris turut mencadangkan agar gerakan melompat ini turut digabungkan dengan beberapa gerakan lain yang membentuk tubuh yang mensasarkan kesemua otot kaki.

Latihan Kardio

Berikut adalah antara latihan kardio yang membantu anda membakar lemak. Denoris mencadangkan agar latihan ini dilakukan antara tiga ke lima sesi dalam seminggu. Pastikan setiap sesi mensasarkan bahagian tubuh yang berbeza. Hasilnya anda mampu membakar sejumlah 1,000 kalori seminggu dan boleh jadi juga sehingga 2,900 kalori jika anda sudah boleh membiasakan diri. Berikut adalah antara cara yang boleh anda praktikkan.

1. Latihan Daya Tahan Tubuh

Anda boleh berlari, mengayuh basikal, berenang mahupun berjalan kaki. Kunci utama untuk latihan ini ialah ia harus dilakukan secara perlahan-lahan dan anda boleh meningkatkan masa latihan sehingga 60 ke 90 minit. Lakukan latihan ini sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu dan maksimumnya ialah tiga kali seminggu.

2.Latihan Berbukit

Carilah mana-mana kawasan berbukit yang selamat. Sebagai permulaan, anda boleh mencuba berlari, berjalan atau berbasikal dengan pantas selama 30 saat sahaja. Selepas lima minit melakukan aktiviti pemanasan, mulakan dengan mendaki bukit tersebut. Berjalan atau berlarilah secara perlahan-lahan.

Ulangi sebanyak enam ke lapan kali. Jika anda melakukan gerakan ini di gimnasium, silih gantikan latihan pantas 30 saat berjalan/berbasikal dan berlari ini dengan dua minit latihan penyejukan. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu tetapi usah melebihi dua kali seminggu.

3.Latihan Jarak

Anda boleh mencuba latihan ini dengan apa-apa sahaja gerakan yang anda gemari. Selepas selesai lima minit pemanasan, tambahkan tahap latihan mengikut kemampuan anda. Kekalkan keadaan ini sehingga lima minit atau selama mana yang anda tahan. Kemudian, kembali semula kepada fasa permulaan. Ulangi perkara ini sehingga tiga kali. Lakukan gerakan ini sekurang-kurangnya sekali atau dua minggu sekali. Usah melebihi kadar ini.

Comments

Post a Comment

terima kasih kerana memberi komen anda!! =)

Popular posts from this blog

CARA NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA PAKAIAN

CERAHKAN KULIT DENGAN CEPAT