CARA NAK ELAKKAN GUGUP DI KHALAYAK RAMAI
Setiap orang pasti mengalami masalah bila nak bercakap depan ramai org.. wawa sendiri jugak mengalami benda yang sama.. bila berhadapan dgn org mula laa rasa gugup. Sebelum wawa pergi lebih jauh, wawa akan terangkan dahulu apa yang dikatakan tentang Pengucapan Awam . “ Pengucapan Awam ” adalah satu proses bercakap dikhalayak ramai atau bercakap dengan satu kumpulan manusia secara tersusun, dengan tujuan untuk memaklumkan sesuatu, meyakinkan atau menghiburkan pendengar. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk memotivasikan manusia, menyampaikan ilmu dan berkongsi cerita. Seseorang yang mengamalkan Pengucapan Awam yang baik, bukan sekadar mampu menyampaikan maklumat dengan baik tetapi juga mampu untuk mengubah emosi para pendengarnya. Namun tidak semua orang boleh membuat Pengucapan Awam dengan baik. Jadi dibawah ini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya tahu mengenai Cara Mengatasi Masalah Darah Gemuruh Semasa Membuat Pengucapan Awam . Bertenang & Yakin Diri...